FALSAFAH

Menyedia, mewujud dan membekalkan pelbagai kemudahan, sumber juga suasana pembelajaran yang produktif, untuk dimanfaatkan oleh warga murid dalam usaha mereka memiliki pendidikan bermutu, bagi memenuhi inspirasi diri seterusnya warga penjaga, ke arah mengisi wadah pembangunan masa depan negara, sebagaimana yang diperuntukan oleh:

DASAR PENDIDIKAN NASIONAL NEGARA


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatutan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertetrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.